Untuk Kurangkan Hutang, Goodyear Jual Jenama Dunlop Pada Harga RM3.14 Bilion

Business & Finance
9 Jan 2025 • 11:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Sumitomo Rubber Industries (SRI), syarikat yang terkenal dengan jenama tayar Falken, telah mengumumkan pembelian hak tanda dagangan Dunlop di Eropah, Amerika Utara dan Oceania daripada Goodyear Tire & Rubber Company (Goodyear). Nilai pembelian tersebut adalah sebanyak USD 701 juta (anggaran RM3.14 bilion).

Langkah ini sebahagian daripada pelan transformasi "Goodyear Forward,” yang bertujuan mengoptimumkan portfolio syarikat dan mengurangkan hutangnya. Perjanjian ini meliputi tanda dagang serta harta intelek berkaitan operasi jenama Dunlop di wilayah terbabit.

Butiran Pengambilalihan Dunlop

image is not available

Pembelian ini termasuk:

Bagaimanapun, Goodyear akan terus menghasilkan dan menjual tayar pengguna jenama Dunlop di Eropah sehingga sekurang-kurangnya tahun 2025 melalui perjanjian pelesenan, dengan royalti dibayar kepada SRI. Selepas itu, Goodyear akan membekalkan tayar Dunlop kepada SRI untuk tempoh lima tahun lagi.

Selain itu Goodyear juga akan mengekalkan hak tanda dagangan Dunlop bagi tayar motosikal di Oceania dan Eropah.

Situasi Kewangan Dunlop

image is not available

Pada tahun 2023, tayar pengguna Dunlop menjana hasil sebanyak USD 532 juta (~RM2.4 bilion), manakala tayar komersialnya menyumbang tambahan USD 201 juta (~RM904 juta). Selepas tahun 2026, Goodyear menjangkakan penurunan pendapatan operasi tahunan sekitar USD 65 juta (~RM292 juta), namun ia akan diimbangi oleh penjimatan daripada pembayaran hutang.

Penutupan Kilang Shah Alam di Malaysia

image is not available

Sebagai sebahagian daripada transformasi "Goodyear Forward", Goodyear turut menutup kilangnya di Shah Alam. Kini, tayar yang diedarkan di Malaysia dibekalkan dari kilang pengeluaran di Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.

Perjanjian Akan Dimuktamadkan Tahun Ini

Perjanjian ini dijangka akan dimuktamadkan pada pertengahan tahun 2025, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa. Pihak eksekutif Goodyear menekankan bahawa penjualan ini merupakan strategi untuk menumpukan kepada perniagaan teras, meningkatkan nilai kepada pemegang saham, dan memastikan peralihan yang lancar bagi pelanggan Dunlop di bawah kendalian SRI.

image is not available

View Original Article