Untuk Pelajar Memerlukan, Program Sarapan Pagi Dan Tuisyen Percuma Bakal Dilancarkan Di Miri

6 Feb 2023 • 1:50 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Program ini bertujuan untuk mengurangkan ketidakhadiran pelajar yang tidak mempunyai wang mencukupi untuk membeli makanan di sekolah

Untuk Pelajar Memerlukan, Program Sarapan Pagi Dan Tuisyen Percuma Bakal Dilancarkan Di Miri. Dilaporkan Pusat Khidmat Parlimen Miri bercadang untuk melancarkan sebuah program sarapan pagi dan tuisyen percuma bagi pelajar dari keluarga yang memerlukan.

Difahamkan, program ini bertujuan untuk mengurangkan ketidakhadiran pelajar ke sekolah akibat tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli makanan di sekolah.

image is not available
Untuk Pelajar Memerlukan, Program Sarapan Pagi Dan Tuisyen Percuma Bakal Dilancarkan

Akan bermula dengan sekolah rendah

Menurut laporan, mereka akan bermula dengan sekolah rendah terlebih dahulu, dengan sasaran seramai 30 – 50 murid bergantung kepada jumlah bajet.

Mengenai tujuan program berkenaan, mereka mendapati bahawa antara sebab berlakunya masalah kehadiran pelajar ke sekolah adalah tidak memakan sarapan pagi.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Sementara itu, sebuah program kelas tuisyen percuma juga akan diadakan, dengan tumpuan kepada mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia, dengan matlamat meningkatkan kadar kelulusan mereka.

Untuk program ini, pusat itu akan bekerjasama dengan pusat tuisyen tempatan untuk menawarkan tenaga pengajar dan tempat untuk mengajar.

image is not available
Kredit: Malay Mail

Setakat ini, sasaran awal adalah pusat tuisyen di kawasan Lutong dan Piasau, dengan harapan program ini dapat meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan pendidikan.

Lagi di sini: