Untung bersih 2Q UEM Sunrise susut 24% akibat perbelanjaan operasi tinggi, hasil sumbangan JV rendah

LocalBusiness & Finance
23 Aug 2024 • 10:15 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Untung bersih 2Q UEM Sunrise susut 24% akibat perbelanjaan operasi tinggi, hasil sumbangan JV rendah

syaza

23/08/2024 - 10:15

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Untung bersih bagi suku kedua UEM Sunrise Bhd susut 23.71% akibat perbelanjaan operasi tinggi dan bahagian hasil bersih rendah daripada JV dan syarikat bersekutu.

Untung bersih bagi suku berakhir 30 Jun 2024 (2QFY2024) adalah RM18.84 juta atau 0.38 sen sesaham, berbanding RM24.7 juta atau 0.49 sen sesaham pada tahun sebelumnya, menurut pemfailan pemaju hartanah dengan Bursa Malaysia.

Hasil UEM Sunrise turun sebanyak 43.61% kepada RM205.22 juta, daripada RM363.96 juta sebelumnya, didorong oleh sumbangan penjualan tanah bukan strategik di Tapah, Perak dan Iskandar Puteri, Johor kepada pendapatan Kumpulan.

Tiada dividen diumumkan untuk suku tersebut.

UEM Sunrise berkata keuntungan operasinya bagi suku itu turun 19% tahun ke tahun (YoY) kepada RM56.86 juta daripada RM69.93 juta.

"Ini disebabkan untung kasar yang lebih rendah dan perbelanjaan operasi yang lebih tinggi, tetapi susutan keuntungan itu diimbangi oleh pendapatan lain yang meningkat dua kali ganda kepada RM46.87 juta daripada RM15.09 juta," ujarnya.

Di samping itu, bahagian hasil bersih daripada JV dan syarikat bersekutu turun 55% kepada RM8.65 juta daripada RM19.29 juta.

Bagi separuh pertama H1QY2024, untung bersih UEM Sunrise turun 32.54% tahun ke tahun (YoY) kepada RM27.02 juta daripada RM40.05 juta berikutan penjimatan kos yang berkurangan dan perbelanjaan operasi yang lebih tinggi.

Susutan tersebut merupakan hasil daripada peningkatan jumlah pekerja dan jualan dan pengedaran yang lebih tinggi perbelanjaannya bagi meningkatkan jualan projek yang sedang berjalan seperti The MINH, The Connaught One dan Residensi ZIG di Wilayah Tengah.

Hasil setengah tahun pula susut 28.86% kepada RM430.18 juta daripada RM604.73 juta, terutamanya didorong oleh penyusutan 34.5% dalam sumbangan daripada projek pembangunan hartanah tempatan.

"Sebahagian besar penurunan tersebut disebabkan oleh projek peringkat lanjutan seperti Residensi Astrea di Mont'Kiara dan Serene Heights di Semenyih, Selangor," ulas UEM Sunrise.

Jumlah prestasi jualan dalam 1H menyusut 68% kepada RM438 juta daripada RM1.38 bilion sebelumnya, disebabkan oleh ketiadaan jualan daripada projek Collingwood di Rantau Antarabangsa yang telah menyumbang RM874 juta kepada jumlah jualan kumpulan pada tahun sebelumnya.

Memandang ke hadapan, Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Sufian Abdullah berkata Kumpulan akan untuk terus menyampaikan perkhidmatan bernilai kepada pemegang kepentingan sambil mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju pasaran.- DagangNews.com