Untung bersih Aeon Credit meningkat 21% kepada RM93 juta bagi 1QFY27, disokong pertumbuhan pembiayaan

LocalBusiness & Finance
9 Jul 2026 • 2:20 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Untung bersih Aeon Credit meningkat 21% kepada RM93 juta bagi 1QFY27, disokong pertumbuhan pembiayaan Image from: Untung bersih Aeon Credit meningkat 21% kepada RM93 juta bagi 1QFY27, disokong pertumbuhan pembiayaan amree09/07/2026 - 14:20 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 9 JulaiAeon Credit Service (M) Berhad memulakan tahun kewangan 2027 dengan prestasi kukuh apabila mencatatkan kenaikan untung bersih 20.5% bagi suku pertama berakhir 31 Mei 2026.

 

Syarikat tersebut merekodkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM93.43 juta bagi tempoh tiga bulan tersebut, berbanding kira-kira RM77.55 juta pada suku yang sama tahun kewangan sebelumnya.

 

Berdasarkan makluman kepada Bursa Malaysia, ia berkata, pencapaian memberangsangkan ini didorong terutamanya oleh pertumbuhan pinjaman dan pembiayaan yang lebih tinggi dalam pasaran tempatan.

 

"Sementara itu, pendapatan bagi 1QFY27 meningkat kira-kira 7.9% kepada RM647.57 juta, disumbangkan oleh jumlah urus niaga dan pembiayaan yang mencecah sebanyak RM2.352 billion," tambah Aeon Credit.

 

Kumpulan kredit berkenaan juga mencatatkan keuntungan sebelum cukai (PBT) yang melonjak 20.0% kepada RM130.88 juta, manakala pendapatan sesaham (EPS) naik kepada 18.64 sen daripada 15.19 sen.

 

Aeon Credit_DagangNews2026

 

Bagaimanapun jelasnya, nisbah pinjaman tidak berbayar (NPL) mencatatkan sedikit peningkatan kepada 2.60% berbanding 2.57% sebelum ini berikutan tekanan kos sara hidup memberi kesan kepada pelanggan.

 

Ini terutama segmen kumpulan berusia muda dan berpendapatan rendah. Sebagai langkah proaktif, Aeon Credit mengambil tindakan pembetulan dan mengekalkan nisbah perlindungan kerugian pinjaman.

 

"Bagi suku di bawah tinjauan, kumpulan ini turut merekodkan perkongsian kerugian dalam syarikat sekutu, Aeon Bank berjumlah RM17.69 juta berbanding RM15.92 juta pada tahun sebelum itu," katanya. 

 

Melangkah ke hadapan, ia kekal berhati-hati terhadap ketidaktentuan global dan tekanan inflasi yang berterusan, serta komited untuk memberikan tumpuan kepada pertumbuhan aset pembiayaan berkualiti.

 

Selain itu, Aeon Credit akan terus memanfaatkan ekosistem Aeon di Malaysia bagi mengukuh kesetiaan pelanggan dan meluaskan pangkalan pelanggan melalui anak syarikatnya, AEON360 Sdn Bhd. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved