Untung bersih Infomina naik 7.5% kepada RM8.8 juta bagi 3QFY26 didorong peningkatan hasil

LocalBusiness & Finance
16 Apr 2026 • 5:10 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Untung bersih Infomina naik 7.5% kepada RM8.8 juta bagi 3QFY26 didorong peningkatan hasil image is not available amree16/04/2026 - 17:10 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 16 April - Infomina Berhad mencatatkan peningkatan keuntungan bersih kira-kira 7.5% kepada sebanyak RM8.8 juta bagi tempoh suku ketiga yang berakhir pada 28 Februari 2026 (3QFY26).


Menurutnya, prestasi positif itu didorong terutamanya oleh sumbangan pendapatan yang lebih tinggi daripada segmen operasi, penyelenggaraan dan perkhidmatan sokongan infrastruktur teknologi.


Katanya, hasil kumpulan melonjak 50.6% kepada RM75.9 juta daripada RM50.4 juta, hasil pertumbuhan kukuh dalam segmen utama perniagaan reka bentuk dan penyampaian rumusan infrastruktur teknologi.


"Bagi prestasi tempoh kumulatif selama sembilan bulan, keuntungan bersih dicatatkan sebanyak RM25.1 juta daripada hasil berjumlah RM193.4 juta," kata Infomina dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia.


Bagaimanapun ujar kumpulan berkenaan, Lembaga Pengarah tidak mengesyorkan sebarang pengisytiharan dividen untuk diagihkan kepada semua pemegang saham syarikat bagi suku dalam tinjauan tersebut.


Menyentuh mengenai prospek, kumpulan itu terus memperkukuh asas hasil berulang melalui pembaharuan kontrak di Malaysia dan Thailand bernilai RM224.4 juta berpotensi bagi tiga tahun akan datang.


Selain itu, kumpulan kekal optimis terhadap pertumbuhan melalui inisiatif inovasi Infomina AI dan pengembangan pasaran ke Jepun, walaupun berdepan ketidaktentuan ekonomi global. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved