Untung RM9.33 Billion, Singapore Airlines Dilapor Beri Staf Bonus 8 Bulan

Business & Finance
16 May 2024 • 7:02 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Untung RM9.33 Billion, Singapore Airlines Dilapor Beri Staf Bonus 8 Bulan

Kakitangan Singapore Airlines (SIA) dilapor bakal menerima bonus hampir lapan bulan gaji, berikutan rekod untung bersih pendapatan syarikat penerbangan itu bagi tahun kedua, lapor CNA.

Ketua Eksekutif SIA, Goh Choon Phong berkata, semua kakitangan akan menerima bonus perkongsian untung selama 7.94 bulan, yang tertinggi dalam sejarah syarikat penerbangan itu.

Ini adalah lebih tinggi berbanding bonus 6.65 bulan yang diterima kebanyakan pekerja pada tahun 2023, dengan sebahagian menerima tambahan 1.5 bulan atas usaha keras mereka semasa pandemik Covid-19.

Pada Rabu, SIA melaporkan rekod keuntungan $2.68 bilion (RM9.33 bilion) bagi 12 bulan hingga akhir Mac 2024, meningkat daripada $2.16 bilion (RM7.52 bilion) setahun lalu.

Dalam pada itu, syarikat penerbangan tersebut juga mengisytiharkan dividen akhir sebanyak $0.38 setiap satu, lebih tinggi daripada $0.28 tahun lalu.

Sumber: CNA