“Untung Son Yejin” – Netizen Puji Hyunbin Jaga Batas Dengan Artis Wanita Lain

5 Sep 2023 • 11:26 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Bukan hanya pelakon yang hebat, Hyunbin juga dikenali kerana personaliti yang ‘cool’ dan berbudi bahasa dengan semua termasuklah selebriti lain.

Terbaru, lelaki tersebut telah ke Switzerland bagi menghadiri acara promosi untuk jenama jam tangan Omega. Selain darinya, selebriti global terkenal seperti Kiko Mizuhara, Shen Yue dan Louise Wong turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Selepas acara tersebut tamat, Louise Wong telah memuat naik beberapa foto bersama selebriti lain termasuk Hyunbin di laman Instagram miliknya. Dalam foto itu, Hyunbin dilihat berdiri tegak dengan tangannya di sisi sambil memandang ke arah kamera.

image is not available

Netizen juga memuji adab lelaki tersebut yang tidak ‘posing’ secara berlebihan dengan artis wanita lain dan hanya mengangkat bentuk ‘V’ atau pun sekadar meletakkan tangan tanpa menyentuh bahu pelakon lain.

Komen netizen sambil tertawa, “Dia nampak seperti sedang berdiri tegak untuk menyanyikan lagu kebangsaan”, “Ianya merupakan etika yang patut diamalkan oleh lelaki yang sudah berkahwin” dan banyak lagi.

Dalam pada itu, Hyunbin turut meluahkan rasa gembira kerana dapat menyertai acara itu dan kembali ke Switzerland selain mengingati penggambaran “Crash Landing on You” yang pernah berlangsung di negara itu.

Bersopan-santun tau Hyunbin~

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved