Untunglah Erysha Emyra, menangis pun cantik

Entertainment
25 Jul 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Untunglah Erysha Emyra, menangis pun cantik

DRAMA Ikatan Terlarang terus mencetuskan fenomena, namun bukan jalan cerita sahaja menjadi bualan sebaliknya, lakonan Erysha Emyra menerima pujian melambung daripada penonton, khususnya babak-babak penuh emosi.

“Kalau nak jadi pelakon drama sedih, cuba menangis depan cermin dulu. Tengok muka masih cantik atau tidak. Erysha pula, menangis ke, marah ke, bergaduh ke, belai anak ke… semua nampak cantik,” usik seorang netizen.

Diva pun tidak mampu menafikan. Erysha memiliki pakej lengkap, rupa, bakat dan aura. Lebih membanggakan, mutu lakonannya semakin matang dari satu naskhah ke satu naskhah.

Bukan sekadar bergantung pada wajah jelita, tetapi berjaya membuat penonton percaya setiap emosi dipersembahkan.

Harap lebih banyak watak besar menanti Erysha selepas ini. Biasalah, kalau sudah dikurniakan wajah cantik dan bakat sekali, menguap pun tetap nampak manis.

DIVA: Bukan seorang artis tu bawa pengawal peribadi semata-mata mahu mengelak wartawan.

The post Untunglah Erysha Emyra, menangis pun cantik appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved