“Untunglah Pucuk Muda” – Netizen Cemburu, Ibu Tunggal Temui Cinta Dengan Lelaki Muda 23 Tahun

Entertainment
11 Nov 2022 • 12:02 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Jika sudah berjodoh, jarak umur yang berbeza tidak akan dapat jadi penghalang buat dua hati untuk bersama, asalkan kedua-dua belah pihak bersedia mendirikan rumah tangga apa salahnya kan?

Seperti kisah seorang lelaki berbadan sasa yang berusia 24 tahun ini, dia nekad untuk mengahwini ibu tunggal yang mempunyai lima orang anak.

Difahamkan, mereka berdua berkenalan di laman Facebook dan ikhlas ingin membantu wanita berkenaan apabila mengetahui kepayahannya selepas kematian suami lima tahun yang lalu.

Biarpun isterinya yang berumur 47 tahun jauh lebih tua daripada kakak sulung, 40 tahun, mereka sangat gembira bersama selepas mendirikan rumah tangga empat tahun lalu.

Apabila ditanyakan soal penerimaan orang sekeliling, lelaki ini bersyukur kerana keluarga sangat terbuka dan merestui hubungan mereka berdua biarpun mempunya jarak umur 23 tahun.

image is not available

image is not available

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen berasa kagum melihat keikhlasan lelaki tersebut dan mendoakan hubungan mereka sentiasa dicucuri rahmat.

Sehingga kini, hantaran tersebut telah meraih lebih 30,000 tanda suka dan raih lebih 1 juta tontonan daripada pengguna platform tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

"Suara Asal Macam Katak Sumbang" - Bakal Kolaborasi Bersama Caprice, Ramai Minta Aliff Syukri Berhenti Menyanyi