Upacara penghormatan terakhir kepada Tun Abdullah bermula 10 pagi tadi: Khairy

LocalPolitics
15 Apr 2025 • 10:37 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Orang ramai boleh mula hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada Perdana Menteri Kelima Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang bermula 10 pagi tadi di Masjid Negara.

Menantu Allahyarham Tun Abdullah, Khairy Jamaluddin berkata penghormatan terakhir itu diawalkan daripada waktu asal iaitu 11 pagi memandangkan semua urusan pengurusan jenazah telah selesai dilaksanakan.

"Alhamdulillah, pengurusan jenazah telah selesai dan persiapan pihak Masjid Negara juga telah pun siap sepenuhnya bagi pelaksanaan Istiadat Pengebumian Negara. Oleh itu, kita bersetuju untuk mengawalkan waktu agar orang ramai dapat hadir memberikan penghormatan terakhir,” katanya kepada pemberita di perkarangan Masjid Negara, di sini.

Abdullah, 85, yang lebih dikenali sebagai "Pak Lah", menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam tadi. - 15 April, 2025