UPKK 2022: Tarikh Ujian Subjek Ulum Sya’riah Dipinda Ke 5 Disember

Politics
25 Nov 2022 • 7:58 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

PUTRAJAYA, 25 Nov (Bernama) — Tarikh Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi subjek UPKK Ulum Syari’ah (Aqidah dan Ibadah) yang sepatutnya berlangsung pada Isnin ini dipinda ke 5 Dis depan.

Perubahan tarikh itu susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang mengisytiharkan 28 Nov sebagai cuti umum.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam satu kenyataan berkata ia amat prihatin dengan keputusan yang telah ditetapkan serta menghargai komitmen semua pihak dalam melaksanakan UPKK 2022.

Tarikh pelaksanaan UPKK sebelum ini ditetapkan bermula dari 28 Nov hingga 1 Dis.

Kredit: BERNAMA