
Tenom: Upko Bahagian Tenom berazam memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 akan datang.
Ketua Bahagiannya Junik Bajit berkata, parti pimpinan Presiden Ewon Benedick itu mengintai DUN Melalap kerana parti Upko kini bersama-sama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam wadah GRS - PH plus.
“Jadi tidak salah kita (Upko) mengintai dan melobi bertanding di DUN Melalap pada PRN 17 nanti,” katanya semasa berucap pada majlis ziarah santai Ketua Bahagian Upko di Kampung Karangan Baru kira-kira 14 kilometer dari sini baru-baru ini.
Pada majlis itu Junik menerima borang kemasukan ahli Upko penduduk Kampung Karangan Baru yang diketuai oleh Taslim Tasmin.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Junik datang memenuhi jemputan penduduk kampung itu dan sekali gus menyampai sumbangan bakul makanan dan beras kepada warga emas, ibu tunggal dan golongan asnaf.
Walau bagaimanapun katanya, Upko bahagian bergantung kepada perbincangan antara pemimpin-pemimpin tertinggi GRS dan PH jika sampai masanya.
Sementara itu Parti Bersatu Sabah (PBS) juga dikatakan mahu kerusi DUN Melalap kekal diberikan kepada parti itu pada PRN akan datang.
DUN Melalap mempunyai enam parti dalam komponen GRS iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), PBS, StarSabah, SAPP, LDP dan Usno manakala dua parti dalam komponen PH ialah DAP dan Upko.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
