Upko setuju bayar royalti kepada MRS

18 Apr 2023 • 3:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) Malaysia bersetuju membayar RM9,280 untuk pelesenan royalti penggunaan lagu etnik tempatan bagi acara Pesta Kaamatan Upko 2023 peringkat nasional yang dijadualkan pada 6 dan 7 Mei depan di Dewan Tun Hamdan, Tamparuli.

Perkara tersebut diputuskan dalam satu sesi taklimat perjumpaan antara Upko dan Music Rights Sabah (MRS) Berhad di pejabat MRS pagi Isnin.

Pelesenan royalti penggunaan lagu etnik tempatan itu merangkumi penggunaan lagu etnik dalam pelbagai acara seperti pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan, Rombituon Kaamatan, Gala Night (Fund Raising Dinner), persembahan artis tempatan, persembahan karaoke terbuka, persembahan tarian kebudayaan, koir, busking dan penggunaan lagu / muzik etnik di gerai-gerai pameran dan jualan.

Turut termasuk adalah acara sambutan sama yang dijangka diadakan di kawasan Upko Bahagian Kadamaian, Kota Belud dalam masa terdekat.

Dalam sesi taklimat yang disampaikan oleh Pengurus Single Event MRS, Ronney Ajim, rombongan Upko diberi penerangan berkenaan pengenalan MRS sebagai sebuah Organisasi Pengurusan Kolektif (CMO) yang tunggal di Sabah, operasi pelesenan MRS dan beberapa perkara yang berkaitan dengan sambutan itu.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan MRS, Asmin Mudin berterima kasih atas keprihatinan dan tanggungjawab Upko dalam membela nasib penggiat seni tempatan.

Rombongan Upko diwakili Setiausaha Penganjur Upko Malaysia, Carl Mossom, Timbalan Setiausaha Penganjur UPKO Malaysia, Rowindy Lawrence dan Pengerusi Pelaksana Kaamatan Upko Malaysia 2023, Jeffrey Teo.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article