
PENAMPANG: Presiden Upko yang bakal melepaskan jawatan itu, Datuk Seri Madius Tangau, akan mempertahankan kerusinya di Tuaran pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Tuaran adalah satu daripada lima kerusi Parlimen yang akan ditandingi Upko, katanya.
Beliau berkata empat lagi ialah Penampang, Beluran, Libaran dan Kimanis.
“Adun Kadamaian Datuk Ewon Benedick akan bertanding di Penampang manakala timbalan ketua penerangan Upko, Rowindy Lawrence, 40, akan bertanding di Kimanis,” kata Madius semasa sidang media di ibu pejabat Upko di Donggongon, Isnin.
