‘Upload’ Gambar Cincin & Bunga, Zarina Anjoulie Dah Berbaik Semula Dengan Bekas Tunang?

3 Mar 2023 • 1:47 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seperti yang ramai tahu, hubungan pertunangan antara pelakon Zarina Anjoulie dan Datuk Seri Khazrul Elzey sudah berakhir di tengah jalan.

Bukan itu sahaja, mereka turut dilihat saling berbalas kenyataan di media sosial seolah-olah mendedahkan aib masing-masing.

Namun, baru-baru ini Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju memuat naik sekeping foto memaparkan sebentuk cincin yang disarung pada jarinya dan sekuntum bunga ros menerusi hantaran di TikTok Story.

image is not available

Susulan itu, perkongsian tersebut telah menimbulkan tanda tanya netizen yang mempersoalkan sama ada Anju dan bekas tunangnya itu sudah kembali berbaik semula.

Malah, apa yang lebih menguatkan dakwaan tersebut apabila anak perempuan kepada Khazrul iaitu Syareen turut meninggalkan komen pada foto tersebut.

image is not available

Sebelum ini, Zarina dan Khazrul mengambil keputusan untuk berdamai selepas membuat pertemuan bersama keluarga masing-masing dan menjelaskan hubungan mereka hanya sebagai kawan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 17 jam lalu

Hafidz Roshdi 'Upload' Video Sayang Anak, Komen Ibu Mentua Puteri Sarah Jadi Perhatian