‘Upload’ Gambar ‘Shooting’, Ramai Netizen Tak Sabar Tonton Farid Kamil & Acha Septriasa Berganding Dalam Filem Biopik

9 Nov 2022 • 5:48 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang pengguna Twitter, baru-baru ini berkongsi foto menunjukkan pelakon Farid Kamil dan Acha Septriasa bakal bergandingan bersama dalam sebuah filem.

Difahamkan filem yang diterbitkan oleh Bianglala Entertainment dari Indonesia itu mengisahkan tentang perjuangan Anwar Ibrahim sebagai seorang ahli politik di Malaysia.

Menerusi perkongsian tersebut, Farid Kamil dikatakan akan memegang watak sebagai Dato’ Seri Anwar Ibrahim manakala Acha Septriasa pula memainkan watak Dr. Wan Azizah.

Beberapa foto sedutan dari filem berkenaan turut dikongsikan di laman Instagram Farid Kamil dan pelakon lain namun tidak banyak informasi berkaitan filem telah didedahkan.

Dalam pada itu, ada juga foto yang menunjukkan barisan pelakon lain seperti Hasnul Rahmat dipercayai akan memegang watak sebagai Tun Dr. Mahathir.

image is not available

Tinjauan di ruangan komen menunjukkan rata-rata warganet meluahkan rasa tidak sabar dan teruja untuk menonton filem yang memfokuskan tentang kisah ahli politik itu.

image is not available

Untuk info, filem biopik tentang Anwar Ibrahim akan diarahkan oleh Viva Westi yang juga merupakan salah seorang pengarah tersohor di Indonesia.

image is not available 20 jam lalu

"Jangan Busuk Hati Sangat" - Ustaz Dusuki Dikritik Fitnah Anwar Ibrahim Buat Ceramah Dalam Masjid Di Pulau Pinang?