Upscrolled Kembali Ke Google Play Selepas Digantung Sementara

WorldTechnology
16 Feb 2026 • 8:56 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Upscrolled Kembali Ke Google Play Selepas Digantung Sementara

ISTANBUL, (Bernama-Anadolu) -- UpScrolled, aplikasi yang dibangunkan oleh Issam Hijazi, jurutera perisian warga Australia berketurunan Palestin sebagai alternatif kepada TikTok, kembali disenaraikan di gedung aplikasi Google Play Store pada Ahad selepas digantung sementara waktu, lapor Anadolu Ajansi.

“Ia rasmi… Kami kembali bersama! Google Play senaraikan semula,” menurut platform itu menerusi akaun rasminya di platform X.

“Nampaknya Google Play menghentikan sementara hubungan kita pada Hari Valentine ini. Aplikasi kami buat masa ini tidak tersedia untuk dimuat turun di Play Store,” tulis platform itu pada Sabtu.

“Kami memandang serius perkara ini dan sedang bekerjasama rapat dengan pasukan Google Play untuk menyelesaikannya.”

Beberapa jam kemudian, platform itu memaklumkan bahawa mereka “kini mengalami masalah pelayan berikutan lonjakan luar biasa pengguna baharu”, yang kemudiannya berjaya diatasi.

Aplikasi itu mendapat perhatian meluas secara dalam talian selepas jumlah penggunanya meningkat daripada 150,000 kepada jutaan dalam tempoh hanya seminggu.

Dilancarkan pada Jun 2025, peningkatan pesat itu berlaku ketika kritikan terhadap platform media sosial arus perdana semakin memuncak. Sesetengah pengguna TikTok mendakwa kandungan pro-Palestin dan anti-Israel dikenakan “shadow banning” di platform itu.

Baca juga: