Uqasha Senrose Sensitif Tentang Anak, Akui Emosi Terganggu – “Kalau Gosip Sendiri Saya Diam Saja, Tapi Bila Pasal Anak..”

EntertainmentFamily & Parenting
4 Mar 2025 • 11:58 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon, Uqasha Senrose menegaskan bahawa dia tidak akan berdiam diri jika ada pihak yang memperkatakan perkara negatif mengenai anaknya.

Menurut Mstar, Uqasha, atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen berkata, perkara tersebut boleh memberi kesan kepada emosinya sebagai seorang ibu.

image is not available

Sebelum ini, kalau gosip sendiri saya diam sahaja. Tak pernah melenting. Cakap apa sahaja sebab ia akan berakhir.

 

Tapi bila pasal anak, ia sangat memberi kesan kepada saya. Ini anak pertama dan saya baru saja bergelar ibu.

Perkara ini timbul susulan tularnya sebuah video di mana Uqasha berseloroh mengenai perbezaan wajah anaknya, Hawra Uqaira, dengan dirinya.

Video tersebut menjadi perbualan hangat netizen sehingga mencetuskan spekulasi dan laporan media yang mendakwa dia meminta untuk melakukan ujian DNA.

Hal itu akhirnya menimbulkan salah faham mengenai status anaknya.

image is not available

 

Tak tahu kenapa ditulis begitu. Ramai ingat saya tak mengaku anak sendiri. Komen-komen pun banyak toksik.

 

Orang tak tahu pun perbualan sebenar. Ia hanya gurauan saya bersalah jurusolek dan pendandan rambut.

Dalam pada itu, pelakon itu turut menasihati orang ramai agar tidak terlalu cepat berkongsi berita tanpa mendapatkan kepastian.

Janganlah ambil sebahagian cerita sahaja yang boleh menimbulkan spekulasi.

image is not available 3 weeks ago

“Kalau Saya Ke Mahkamah Syariah, Mestilah Ada Nama Saya Di Sana” - Uqasha Senrose Tepis Dakwaan Rumah Tangga Bermasalah