Uqasha Senrose ‘Update’ Kesihatan Suami, Netizen Tegur Kamal Adli Makin Kurus – “Nampak Susut..”

Entertainment
10 Apr 2023 • 2:53 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon, Uqasha Senrose berkongsi perkembangan terkini mengenai kesihatan suaminya, Kamal Adli selepas hampir sebulan insiden diserang individu tidak dikenali berlaku.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Binti Nik Sen meluahkan rasa syukur kerana suaminya sudah kembali pulih.

Bukan itu sahaja, Kamal dilihat tersenyum bergambar bersama isterinya dengan memakai pakaian sedondon hitam.

Alhamdulilah untuk semua doa. Kamal strong.. syukur keatas Mu Ya Allah. Suami saya dah sihat.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat turut meluahkan rasa gembira dengan perkembangan terkini aktor berusia 36 tahun itu.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang mengatakan Kamal kelihatan semakin kurus selepas pulih dari kecederaan yang dialami.

image is not available

Terdahulu, pelakon filem Abang Long Fadil itu dipukul dengan menggunkan cota besi ketika berada di acara Hari Raya Mega Sale 2023 di Singapura.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 15 jam lalu

(VIDEO) Gelak Ketawa Bersama Di Mahkamah, Ramai Sebak Tengok Syamsul & Puteri Sarah - "Kalaulah.."