ATM tidak terbabit dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan

17 Mar 2020 • 12:20 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR- Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata penugasan untuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan COVID-19 tidak melibatkan anggota tentera sebaliknya melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Buat masa ini, PDRM akan menentukan semua (tugas) penguatkuasaan susulan pengumuman perintah itu," katanya.

Affendi berkata demikian kepada Bernama selepas diminta mengulas adakah anggota ATM terlibat dalam menguatkuasakan perintah yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini.

Beliau turut menjelaskan yang pengumuman perintah itu tidak akan menjejaskan operasi serta penugasan pegawai dan anggota di sempadan serta perairan negara.

"Operasi di sempadan serta perairan negara akan berjalan seperti biasa namun ATM akan mengurangkan latihan yang tidak mendesak," katanya.

Muhyiddin hari ini mengisytiharkan Malaysia akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa mulai 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara bagi mencegah penularan baharu wabak COVID-19 yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat.

Ini adalah pertama kali dalam sejarah, Malaysia menguatkuasakan perintah seumpama itu.

Perintah kawalan itu dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Peningktan kes COVID-19 meningkat secara mendadak di negara ini iaitu 190 kes baharu dilaporkan semalam dan hari ini sebanyak 125 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhah individu yang dijangkiti setakat 12 tengah hari ini ialah 553 orang.

Seramai 511 orang sedang dirawat di hospital, manakala 42 orang telah pulih- Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved