Urus Jenazah Anggota FRU Muslim, 4 NGO Bergabung Demi Fardu Kifayah

LocalPolitics
13 May 2025 • 9:37 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Jenazah Anggota FRU

Empat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bergabung demi fardu kifayah bagi menguruskan jenazah anggota FRU yang beragama Islam.

Urus jenazah anggota FRU yang meninggal dalam nahas pagi tadi

Perkara tersebut dinyatakan Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Mr Wan Cai Official di Facebook apabila memuat naik hantaran sewaktu sedang melakukan persiapan untuk menerima jenazah tujuh anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) muslim.

Difahamkan, empat NGO terbabit adalah Van Jenazah Teluk Intan (VJTI), Unit Khas Van Jenazah (UKVJ HQ), Khidmat Insan Perak (KIP) dan Van Jenazah Wakaf Perlis (VJWP).

image is not available

Urus jenazah anggota FRU beragama Islam

Pengurusan akan dimulakan dengan tiga jenazah serentak dan diikuti empat lafi selepas itu.

Kesemua allahyarham akan dibawa ke Surau Ibu Pejabat Polis (IPD) Teluk Intan bagi disolatkan sebelum ke Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Unit 5 di Ipoh untuk disolatkan sekali lagi dan urusan penghormatan terakhir seterusnya dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing.

 

image is not available

Beri khidmat mandi dan kafan sahaja

Walau bagaimanapun, Mr. Wan Cai menyatakan mereka hanya memberi khidmat dari segi pengurusan mandi dan kafan sahaja memandangkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menguruskan pergerakan van membawa jenazah ke kampung halaman masing-masing untuk dikebumikan.

image is not available

Terdahulu, 9 anggota FRU telah disahkan meninggal dunia dalam nahas melibatkan trak dinaiki mereka dengan lori muatan batu di Jalan Chikus–Sungai Lampam pagi tadi.

Mangsa adalah Sarjan S Perumal; Koperal Nurit Pandak; Koperal Amiruddin Zabri; Koperal Mohd Pozli Jaudin; Koperal Akmal Muhamad; Koperal Mohamad Hilmi Mohd Azlan; Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif dan Konstabel Akmal Wafi Annuar.

Kesemua mereka baru sahaja pulang dari penugasan perayaan Chitrapournami di Hilir Perak.

Sumber: Facebook Mr. Wan Cai Official