Urus rumah pelacuran: Dua ketahui nasib 13 Dis

14 Oct 2022 • 4:39 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Dua lelaki yang didakwa menguruskan sebuah rumah pelacuran dan membenarkan 19 pendatang tanpa izin (PTI) tinggal di sebuah premis, akan mengetahui nasib mereka pada 13 Dis tahun ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz menetapkan tarikh itu bagi Tay Leong Hee, 56, dan Tay Tian Chuan, 49, apabila kes mereka dikemukakan untuk penjelasan berhubung hujahan.

Tay Leong dan Tay Tian didakwa menguruskan rumah pelacuran itu di tingkat dua sebuah hotel di Lorong Api-Api 3, Api-Api Centre, di sini pada jam 8.44 malam 23 Nov 2017.

Mereka didakwa bersama mengikut Seksyen 373(1)(a)/34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 373(2) Kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun, dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Tay Leong juga menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu membenarkan pendatang tanpa izin tinggal di premisnya pada hari yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun, atau denda antara RM5,000 dan RM30,000, atau kedua-duanya, bagi setiap pendatang tanpa izin terbabit.

Pihak pendakwaan telah memanggil 20 saksi sementara tujuh saksi memberi keterangan semasa peringkat pembelaan.

Timbalan Pendakwa Raya Arif Aizuddin dari Jabatan Imigresen melakukan pendakwaan manakala peguam Chin Tek Ming mewakili kedua-dua tertuduh.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.