
Perjanjian S&P Sarawak-Affin Bank Ditangguh
Urusan Ambil Alih Affin Bank Oleh Sarawak Terpaksa Ditangguhkan. Perancangan penandatanganan perjanjian jual beli (S&P) antara Sarawak dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi pegangan majoriti dalam Affin Bank Bhd yang dijadualkan hari ini telah ditangguhkan, menurut sumber.
The Edge Malaysia melaporkan bahawa perjanjian tersebut sepatutnya untuk memformalkan hasrat Sarawak untuk meningkatkan pegangan dalam bank tersebut daripada 4.8 peratus kepada kira-kira 30 peratus.

Pengambilalihan terpaksa ditangguhkan kerana perlu mematuhi beberapa syarat yang mungkin dikenakan oleh BNM
Namun, sumber mengatakan bahawa penandatanganan yang dijadualkan petang ini kini hanya untuk memorandum persefahaman (MoU), setelah Sarawak meminta untuk menangguhkan perjanjian akhir bagi “menjelaskan beberapa syarat” yang dikenakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Dalam laporan juga kerajaan Sarawak dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menandatangani MOU untuk meneroka potensi kerjasama dan perkongsian maklumat.
Difahamkan bahawa Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan delegasi kehormat negeri sudah berada di Kuala Lumpur untuk acara tersebut.
“Mereka telah datang dengan jangkaan untuk menandatangani perjanjian S&P, tetapi kini akan melaksanakan MoU sebaliknya,” dedah sumber tersebut kepada The Edge.
Pada masa ini, belum ada maklumat terperinci mengenai syarat-syarat spesifik yang dikenakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) terhadap perjanjian pengambilalihan Affin Bank Bhd oleh Sarawak.
Berita selebihnya bakal menyusul.


