Urusharta Jamaah bukan lagi pemegang saham utama Wasco

LocalBusiness & Finance
5 Mar 2026 • 9:11 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Urusharta Jamaah bukan lagi pemegang saham utama Wasco image is not available hamden05/03/2026 - 09:11 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 5 Mac – Urusharta Jamaah Sdn Bhd, sebuah syarikat tujuan khas di bawah Kementerian Kewangan, tidak lagi menjadi pemegang saham utama dalam Wasco Bhd selepas pegangan sahamnya susut di bawah paras pendedahan 5%.

 

Perkara itu dimaklumkan menerusi pemfailan syarikat kepada Bursa Malaysia pada Rabu, selepas Urusharta melupuskan sebanyak 1.17 juta saham atau bersamaan pegangan 0.151% pada 27 Februari lalu.

 

Susulan pelupusan tersebut, pegangan Urusharta dalam syarikat perkhidmatan minyak dan gas itu kini berkurang kepada 4.935%, mewakili kira-kira 38.21 juta saham.

 

Urusharta sebelum ini muncul sebagai pemegang saham utama Wasco pada November 2024 dengan pegangan sebanyak 5.666%. Pegangan itu kemudiannya meningkat dan mencapai paras tertinggi 6.219% pada Disember 2025.

 

Setakat ini, pemegang saham terbesar Wasco ialah keluarga Tan yang menguasai 42.737% kepentingan dalam syarikat itu.

 

Ia diikuti oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan pegangan 7.508% dan abrdn sebanyak 5.492%.

 

Dalam dagangan Rabu, saham Wasco ditutup turun lima sen atau 4.76% kepada RM1.00 sesaham, sekali gus memberikan nilai pasaran sekitar RM774.89 juta. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved