Usah boikot McDonald’s Malaysia, pihak pengurusan dah jelaskan tak beri sumbangan kepada Israel – Mufti Pulau Pinang

Politics
8 Nov 2023 • 7:41 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Rakyat Malaysia diingatkan untuk tidak memboikot McDonald’s Malaysia kerana pihak pengurusan syarikat berkenaan telahpun menjelaskan secara terbuka bahawa mereka tidak memberi sebarang sumbangan kepada Israel.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, orang ramai yang mahu memboikot mana-mana syarikat yang mempunyai kaitan dengan Israel, haruslah berbuat demikian berdasarkan bukti yang jelas dan menyakinkan. Bukannya sekadar bersandarkan pada sangkaan atau andaian sahaja.

“…McDonald’s Malaysia tidak termasuk antara syarikat yang perlu diboikot kerana pihak pengurusannya sudah memberi penjelasan. Selain itu, syarikat berkenaan juga mengeluarkan zakat menerusi pejabat urus zakat di beberapa negeri.

“Dalam membela pihak yang teraniaya, jangan pula sampai menganiaya pihak lain. Sebagai umat Islam, kita hendaklah menegakkan keadilan walaupun terhadap orang bukan Islam.

“Ini kerana nilai keadilan yang diperintahkan agama Islam supaya ditegakkan adalah bersifat sejagat, bukan kepada masyarakat Islam sahaja,” katanya memetik laporan Harian Metro, Isnin, 6 November 2023.

Sebelum ini, Wan Salim memaklumkan tiada salahnya sekiranya seorang Islam bekerja dengan syarikat produk Israel sebagai sumber pendapatan, berdasarkan hukum darurat (tiada peluang pekerjaan lain).

Bagaimanapun di Malaysia, terdapat pelbagai peluang pekerjaan yang tersedia dan hanya perlu rajin mencarinya.

Sumber: Harian Metro