Usaha Ajak Orang Ramai Imarah Masjid Dipertikai, Ini Apa Kata Alif Satar

4 Jan 2024 • 10:22 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Kenapalah wujud orang yang jenis suka mempertikai usaha baik orang lain? Sehinggakan usaha baik penyanyi, Alif Satar mengajak orang ramai mengimarahkan masjid pun ada yang pertikai.

Sedar dengan perkara itu, Alif tidak mahu memikirkan pandangan negatif sesetengah orang dan akan tetap meneruskan kempen ini.

Buat sesuatu kerana Allah SWT…

image is not available

Saya tidak peduli langsung sebab tahu apa yang dibuat ini, iaitu ajak ramai-ramai solat secara berjemaah di masjid. Dua tiga orang ni saya tak kisah.

Saya fikir apabila buat gerakan sebegitu, ramai yang ikut. Tidak ada kena mengena dengan kepentingan diri. Apa yang saya buat memang kerana Allah SWT.

Dalam pada itu, Alif turut menyeru semua orang beragama Islam untuk memainkan peranan untuk mengajak orang sekeliling bangun solat subuh secara berjemaah di masjid berdekatan.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.