Usaha cekap tenaga Malaysia jimatkan elektrik 5.82 peratus setakat Jun 2024

LocalPolitics
8 Oct 2024 • 1:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Akmal Nasrullah (dua, kiri) melawat tapak pameran pada majlis pelancaran pembukaan Enlit Asia 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), pada Selasa. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Malaysia mencapai kejayaan penting dalam kecekapan tenaga, yang telah diumumkan sebagai bahan api pertama peralihan tenaga, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (Petra) berkata, Malaysia mencapai 5.82 peratus penjimatan tenaga elektrik, bersamaan 8,769 Gigawatt jam (GWj) dengan nilai RM2.21 bilion setakat Jun 2024.

"Ini adalah kemajuan besar memandangkan kita menyasarkan untuk mengurangkan pertumbuhan permintaan elektrik berjumlah 8.0 peratus.

"Ia menyumbang pengurangan keseluruhan sebanyak 38 juta tan karbon dioksida bersamaan pelepasan GHG dan dijangka menjimatkan elektrik kira-kira 52,000 GWj menjelang 2025," katanya dalam ucapan perasmian di Enlit Asia 2024.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri Petra, Akmal Nasrullah Mohd Nasir. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved