Usaha pastikan koperasi terus kompetitif, lestari

LocalBusiness & Finance
31 Jan 2023 • 4:23 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

BEAUFORT: Dengan 14,975 koperasi berdaftar dan kira-kira tujuh juta ahli, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menegaskan keperluan untuk memastikan sektor koperasi terus kompetitif dan kekal lestari.

“Usaha berterusan perlu dilaksanakan secara strategik. Ini termasuk mewujud dan memperluaskan lagi jaringan, berinovasi dalam pasaran serta menerokai sumber-sumber baharu yang boleh menambah nilai produk serta perkhidmatan sedia ada,” katanya.