
PETALING JAYA – Eskayvie Sdn Bhd (Eskayvie) memperluaskan usaha dalam bidang penyelidikan
dan inovasinya menerusi kerjasama strategik dengan Universiti Malaya (UM) bagi menjalankan kajian klinikal terhadap produk keluarannya yang berkaitan tentang nutrisi minda iaitu Mindtropic.
Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan formulasi lengkap Mindtropic dalam beberapa aspek utama, termasuk prestasi kognitif, daya tahan terhadap tekanan, fungsi sistem saraf autonomi dan kualiti tidur.
Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha Eskayvie untuk memperkukuh asas saintifik produknya, sekali gus meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk kesihatan tempatan.
Pengarah Urusan, Datin Dr Kartika Wati Mohamed berkata, selepas 17 tahun membangunkan Eskayvie, syarikat itu mahu terus meningkatkan mutu produknya dengan menjadikan penyelidikan sebagai antara keutamaan dalam pembangunan dan inovasi.
“Kepercayaan pengguna terhadap Mindtropic mendorong kami untuk terus melangkah lebih jauh dalam penyelidikan dan inovasi. Melalui kerjasama dengan Universiti Malaya, kami mahu menilai formulasi lengkap Mindtropic secara klinikal bagi mendapatkan bukti saintifik yang lebih menyeluruh tentang keberkesanannya.
“Bagi kami, kepercayaan itu datang bersama tanggungjawab untuk terus mengutamakan kualiti, keberkesanan dan keselamatan produk.
“Kami berharap kerjasama ini turut membuka peluang kepada lebih banyak penyelidikan dan penerbitan saintifik pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan bersempena majlis pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) berlangsung di Canseleri Universiti Malaya di sini semalam.
UM diwakili oleh Naib Canselor, Professor Datuk Seri Ir Dr Noor Azuan Abu Osman, manakala Eskayvie diwakili oleh Datin Dr Kartika Wati, Pengarah Eksekutif dan Ketua Penyelidikan & Inovasi Eskayvie, Datuk Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri serta Duta Eskayvie, Datuk Aznil Haji Nawawi.
Kajian klinikal Mindtropic akan dijalankan bersama Clinical Investigation Centre (CIC), Pusat
Perubatan Universiti Malaya (PPUM), dengan penglibatan pasukan penyelidik UM. Kajian
tersebut akan dilaksanakan mengikut protokol yang diluluskan serta piawaian penyelidikan
klinikal yang ditetapkan.
Sementara itu, Syid Ayob menjelaskan, b pembangunan Mindtropic mengambil kira hubungan antara fungsi kognitif, tindak balas terhadap tekanan dan kualiti tidur yang mempengaruhi prestasi minda seseorang.
“Mindtropic dirumuskan dengan gabungan bahan yang dipilih berdasarkan fungsi dan
rasional saintifik masing-masing.
“Dalam menilai prestasi minda, kita bukan sahaja melihat
fokus dan daya ingatan, tetapi juga keupayaan seseorang menghadapi tekanan serta
mendapatkan tidur yang berkualiti.
“Setiap bahan mempunyai asas penyelidikannya tersendiri. Melalui kajian klinikal ini, kami
mahu melangkah lebih jauh dengan menilai keberkesanan gabungan bahan tersebut
sebagai satu formulasi lengkap. Dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi asas kepada
penyelidikan dan inovasi produk kami pada masa hadapan,” katanya.
Sementara itu, bagi pihak Universiti Malaya, Professor Datuk Seri Ir Dr Noor Azuan Abu Osman berkata, di UM, pihaknya percaya penyelidikan bukan sahaja perlu menghasilkan ilmu
baharu, tetapi juga memberi manfaat kepada masyarakat.
“Kerjasama dengan Eskayvie membolehkan kami menggabungkan kepakaran saintifik dan keupayaan penyelidikan universiti dengan inovasi serta keperluan industri.
“Kami berharap kajian klinikal ini dapat menghasilkan bukti saintifik yang berkualiti, sekali
gus membuka ruang kepada pembangunan inovasi kesihatan yang lebih relevan dengan
keperluan masyarakat,” katanya. -KOSMO! ONLINE
The post Usaha sama Eskayvie, UM jalani R&D, keberkesanan fomulasi, inovasi appeared first on Kosmo Online.

