
Seorang wanita tidak dapat menahan sebak selepas kerja kerasnya di sebuah kedai emas membuahkan hasil apabila menerima gaji lebih RM12,000 daripada majikannya, baru-baru ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengguna @pemborongemasbangkok di laman TikToknya, wanita yang dikenali sebagai Salma itu raih jumlah gaji tertinggi berbanding pekerja lain selain menjadi staf terbaik untuk bulan tersebut.
Wanita sebak terima gaji
@pemborongemasbangkok Usaha tak kan mengkhianati hasil Gaji staff sebulan mencecah Rm12,000 Tahniah untuk Salmah dan semua staff yang berjaya capai target #pemborongkristalmutiara #fyp #foryoupage #fypdong #gaji #gajipekerja #gajistaff
♬ Sad Song Piano Cover by Clyde - CLYDE
Dalam perkongsian itu, Salma turut mendapat tepukan gemuruh daripada pekerja lain yang menumpang gembira atas pencapaiannya dan gaji telah diserahkan dalam bentuk tunai.
“Untuk top one kita dengan gaji berjumlah RM12,126.40 jatuh kepada Salma.
“Tahniah Salma, beri komitmen terbaik, kehadiran penuh, rajin membuat siaran langsung dan video, mencari barang. Itulah orang panggil usaha tidak akan mengkhianati hasil,” ujar seorang wanita yang dipercayai majikan kedai emas tersebut.
Wanita sebak terima gaji


Netizen tumpang bahagia, jadi inspirasi
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan kejayaan Salma dan ada individu menjadikan kegigihan wanita terbabit sebagai inspirasi untuk bekerja lebih keras buat keluarga.





Bagus majikan hargai pekerja
Dalam pada itu, ramai memuji tindakan majikan menghargai pekerja-pekerjanya yang secara tidak langsung dapat menaikkan lagi semangat serta motivasi mereka dalam membangunkan lagi perniagaan.



Sumber: TikTok @pemborongemasbangkok




