Usahawan cipta tukun tiruan guna kupang 

StartupEnvironment
3 Sep 2026 • 1:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Usahawan cipta tukun tiruan guna kupang 

IZMIR: Pengusaha tempatan dari Turkiye, Nermin Sena Ozger mencipta inovasi mesra alam apabila berjaya mengitar semula cengkerang kupang terbuang menjadi tukun tiruan di perairan barat negara itu, sekali gus mewujudkan habitat baharu untuk hidupan laut.

Ozger yang juga jurulatih menyelam, pereka bentuk industri dan usahawan, membesar di daerah Foca, Izmir dengan hubungan yang amat rapat bersama alam marin.

Inisiatif tersebut merupakan kesinambungan daripada kajian peringkat ijazah kedoktoran (PhD) beliau di Universiti Yasar tahun ini.

Bagi merealisasikan projek berkenaan, Ozger menubuhkan sebuah syarikat di Teknopark Izmir di bawah Institut Teknologi Izmir. 

Projek itu turut mendapat sokongan penuh daripada Program Usahawan Muda Individu Lembaga Penyelidikan Saintifik dan Teknologi Türkiye (TUBITAK) serta Program Inovasi Teknologi Bersih Global (GCIP) di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Beliau mula mengumpul sisa cengkerang kupang daripada premis jualan tempatan dan kilang pemprosesan eksport. Pada fasa awal, kira-kira tiga tan cengkerang kupang berjaya dikitar semula untuk menghasilkan empat prototaip tukun tiruan.

Prototaip berkenaan dibeli oleh syarikat anak milik Perbandaran Metropolitan Izmir, IZDENIZ AS, sebelum ditenggelamkan di Teluk Telgraf yang terletak di kawasan Sigacik, Seferihisar.

Menurut Ozger, idea tersebut tercetus apabila beliau mendapati cengkerang kupang boleh diolah menjadi bahan lut air yang berstruktur kukuh bagi kegunaan dalam laut.

Tukun tiruan tersebut kini dipantau secara berkala oleh pasukan penyelam bagi menilai sumbangannya terhadap ekosistem marin, dengan pelbagai spesies hidupan laut dilaporkan mula membiak dan menjadikan struktur itu sebagai kediaman baharu.

The post Usahawan cipta tukun tiruan guna kupang  appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved