Usahawan kongsi rezeki, beri makanan percuma kepada golongan memerlukan

Food
22 Mar 2024 • 11:19 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
makanan percuma

Seorang usahawan yang dikenali sebagai Fara telah berjaya menarik perhatian ramai apabila dia bermurah hati untuk berkongsi rezeki dengan memberikan makanan percuma kepada orang yang memerlukan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Fara di laman TikToknya, dia meluahkan rasa syukur kerana berkesempatan menyediakan juadah nasi ayam goreng kunyit yang dimasak sendiri khas untuk orang ramai.

Makanan percuma

@farajl_

Alhamdulillah, syukur kepada mu Ya Allah.. hati rasa tenang dan cukup bahagia. segala ujian dugaan semuanya tertutup dengan kebahagiaan pada hari ini. Nasi Ayam Goreng Kunyit simple dengan susana yang indah #jlfara #kongsirezekifarajl #kongsirezekijlfara #rasaresepifarajl #ramadhan2024 #kelantan #kongsirezeki #ayamgorengkunyit

♬ bunyi asal – FARA JL – FARA JL

Dalam video tersebut, nasi ayam kunyit merupakan menu untuk Ramadan ketujuh dan dia berhasrat untuk meneruskan kerja amal tersebut sehingga tamatnya bulan mulia ini.

Alhamdulillah, syukur kepada mu Ya Allah.. hati rasa tenang dan cukup bahagia. Segala ujian dugaan semuanya tertutup dengan kebahagiaan pada hari ini.

“Nasi Ayam Goreng Kunyit simple dengan susana yang indah,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Makanan percuma

image is not available

Alhamdulilah terima kasih orang baik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan terima kasih kepada usahawan tersebut yang berkongsi rezeki yang secara tidak langsung dapat membantu golongan yang tidak berkemampuan.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Semoga dipermudahkan urusan

Bukan itu sahaja, ramai yang mendoakan agar segala urusan usahawan tersebut dipermudahkan dan dimurahkan rezeki selalu.

image is not available

Sumber: TikTok @farajl_