Usahawan perlu cari kekuatan potensi perniagaan untuk pulihkan bisnes yang terkesan - Azizan Osman

Business & Finance
7 Jul 2023 • 6:58 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Usahawan perlu cari kekuatan potensi perniagaan untuk pulihkan bisnes yang terkesan - Azizan Osman

zulfadli

07/07/2023 - 18:58

SHAH ALAM 7 Julai - Para usahawan digesa supaya bangkit bagi memulihkan bisnes mereka yang terkesan dalam keadaan ekonomi yang mencabar ketika ini, kata Pengerusi RichWorks International Sdn Bhd, Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Azizan yang juga Mentor Usahawan berkata, usahawan mempunyai harapan untuk bangkit dengan mencari kekuatan potensi perniagaan yang mereka jalankan, termasuk melihat potensi perniagaan usahawan lain yang berjaya.

Katanya, beliau tidak menafikan bahawa banyak perniagaan ketika ini yang terkesan dan terpaksa gulung tikar, namun masih ada usahawan lain boleh berkembang jauh lebih baik.

"Dalam kalangan usahawan yang dibimbing RichWorks, prestasi mereka agak bagus walaupun terkesan dengan situasi ekonomi, tetapi alhamdulillah kita dapat menangani situasi itu.

"Bagi saya, apabila bisnes usahawan semakin berkembang, mereka akan semakin kompleks sebenarnya. Apabila berkembang, mereka perlu melihat banyak aspek seperti perbelanjaan, gaji pekerja, teroka pasaran lain, pemasaran, persaingan semakin banyak, cabaran tinggi, kos meningkat dan ia bukan mudah.

"Tetapi bagaimana cara kita untuk tangani masalah itu dalam RichWorks. Kita ada cara untuk tangani masalah itu satu persatu, seterusnya fokus untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam sidang media pada Majlis Pelancaran Geran Bimbingan Bernilai RM3 juta sempena Klinik Usahawan: Siri Bina Bisnes Berjaya, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Azizan berkata, dalam situasi ekonomi sekarang, sebenarnya seseorang usahawan itu mampu mencapai jualan RM1 juta pertama dalam tempoh setahun, sebulan, seminggu bahkan sehari bila tahu caranya dalam apa jua keadaan.

image is not available

"Dalam keadaan mencabar sebenarnya peluang untuk mereka bangkit dan bergerak lebih jauh lagi. Namun tiada siapa boleh bantu ubah bisnes mereka, jika diri sendiri tak nak dan komited untuk mencapai matlamat itu," ujarnya. - DagangNews.com