Usahawan perlu modal niaga disaran mohon pembiayaan Hijrah secara dalam talian

13 Oct 2022 • 11:42 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM 13, OKT: Usahawan yang memerlukan modal perniagaan boleh memohon pelbagai skim pembiayaan daripada Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) secara dalam talian.

Agensi itu memaklumkan pembiayaan skim i-Bisnes, Zero To Hero, Niaga Darul Ehsan (NaDI), Go Digital, i-Lestari, i-Agro atau i-Bermusim boleh dilakukan menerusi pautan mikrokredit.selangor.gov.my

Pemohon juga boleh mengimbas kod QR di Facebook Hijrah Selangor untuk tujuan memohon dan menyemak baki pembiayaan.

Untuk maklumat lanjut berkaitan pembiayaan, usahawan boleh melayari pautan www.hijrahselangor.com atau hubungi 20 Cawangan Hijrah berhampiran.

image is not available
Tiga usahawan baharu Zero To Hero menerima alatan menjahit daripada syarikat peneraju selain ditawarkan pembiayaan perniagaan RM10,000 daripada Hijrah di Pejabat Cawangan Hijrah Puchong, di Subang Jaya Pada 2 September 2022 . Foto Facebook Hijrah Selangor

Sejak Januari hingga Julai, seramai 4,500 usahawan menerima pembiayaan RM70 juta daripada Hijrah bagi memula dan mengembangkan perniagaan membabitkan semua skim pembiayaan yang ditawarkan.

Dato’ Menteri Besar ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2022 pada 26 November lalu mengumumkan beberapa penambahbaikan skim pembiayaan Hijrah.

Dato’ Seri Amirudin Shari antaranya mengumumkan dana RM120 juta untuk memberikan pembiayaan kepada usahawan selain mewujudkan skim baharu yang menyediakan pinjaman sehingga RM100,000 bagi mengembangkan perniagaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved