
PAPAR: Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tidak perlu teragak-agak untuk menyertai mana-mana program atau inisiatif Kerajaan Negeri dalam mempromosikan produk tempatan khususnya melalui penubuhan pasar Industri Kecil Sederhana (IKS) di Sabah.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata IKS mart berfungsi sebagai platform atau “perkhidmatan” yang membantu mempamerkan dan mempromosikan barangan atau makanan keluaran tempatan bertujuan menarik pembeli.


