Usahawan tani muda jana pendapatan 6 angka sebulan

LocalBusiness & Finance
14 Jun 2026 • 9:45 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Usahawan tani muda jana pendapatan 6 angka sebulan

JAMAWI berkata kerajaan negeri terus komited menyokong penglibatan golongan muda dalam sektor pertanian moden bagi memperkukuh agenda keterjaminan makanan serta merancakkan ekonomi tempatan selaras dengan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Kementerian sentiasa mengalu-alukan penglibatan belia berpendidikan tinggi yang sanggup ‘berbudi kepada tanah’ dengan memanfaatkan teknologi moden,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke sebuah projek tanaman cili, terung dan timun secara sistem fertigasi seluas lima ekar di Kampung Limadang, di sini, Sabtu.

Projek pertanian bernilai tinggi itu diusahakan oleh Bryon Chung, 33, yang memiliki ijazah dalam bidang Perakaunan dan Perbankan dari sebuah universiti tempatan.

Menurut Jamawi, ladang berkenaan diurus secara sistematik dengan penggunaan teknologi terkini bagi memastikan hasil yang dikeluarkan berkualiti tinggi serta selamat untuk pengguna.

Beliau berkata projek itu juga dijangka menerima pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) dalam masa terdekat.

Katanya, kejayaan usahawan muda tersebut membuktikan sektor pertanian mampu menjana pulangan lumayan sekiranya diurus secara moden dan berasaskan ilmu, dengan hasil jualan ladang tersebut kini mencecah pendapatan enam angka setiap bulan.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan Jabatan Pertanian Sabah dan Korporasi Pembangunan Desa (KPD) menghantar pelatih dari pusat latihan pertanian untuk menjalani latihan amali di ladang berkenaan bagi memberi pendedahan kepada mereka mengenai pengurusan ladang komersial yang berjaya.

Sebagai tanda sokongan terhadap usaha itu, Jamawi turut mengumumkan kelulusan peruntukan khas bagi pembinaan sebuah rumah hijau di ladang tersebut bagi membantu meningkatkan pengeluaran hasil berkualiti pada masa hadapan.

Beliau menyifatkan Bryon sebagai contoh terbaik kejayaan generasi muda dalam sektor pertanian moden menerusi gabungan ilmu, inovasi dan kesungguhan.

View Original Article