Usahawan ucap terima kasih kepada suami, padam IG lepas kantoi ‘follow’ wanita seksi

Entertainment
11 May 2024 • 6:49 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan ucap terima kasih kepada suami kerana memilih untuk memadam Instagram selepas didakwa suka follow dan tengok perempuan seksi di platform tersebut didedahkan isterinya.

Padam di hadapannya

Menerusi hantaran terbaru usahawan terbabit di Insta Story, dia telah mengucapkan terima kasih kepada suami kerana memadam akaun Instagram di hadapannya mungkin sebagai langkah untuk berubah.

image is not available

Usahawan ucap terima kasih, IG sudah tidak dapat dicari lagi

Dapat dilihat akaun tersebut telah dipadam secara kekal dan tidak ada lagi apabila dicari walaupun mempunyai pengikut ratusan ribu sebelum ini.

Terdahulu, usahawan terkenal yang sedang sarat hamil telah memuat naik beberapa pendedahan di Insta story berkenaan kebiasaan suaminya yang banyak mengikuti akaun-akaun Instagram wanita seksi.

Jelasnya, perkara tersebut sudah lama berlaku termasuklah sewaktu mereka mengerjakan umrah baru-baru ini.

Walaupun telah dinasihati untuk menghentikan perkara tersebut, namun masih tidak ada perubahan dalam dirinya sehingga usahawan wanita yang mengandung anak kedua mereka berasa cukup tertekan.

image is not available

Perkongsian berkenaan telah mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen di media sosial lebih-lebih lagi pasangan tersebut memang mempunyai peminat tersendiri.

Semoga dengan usaha yang dilakukan dapat menjernihkan kembali permasalahan antara mereka.

Sumber: Instagram yaana.lee