USD5,000 Jadi Lebih 50,000 Pokok? Kisah Persahabatan Rentas Negara Ini Buat Ramai Tersentuh

WorldEnvironment
21 May 2026 • 8:46 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: USD5,000 Jadi Lebih 50,000 Pokok? Kisah Persahabatan Rentas Negara Ini Buat Ramai Tersentuh

LUAR NEGARA – Seorang wanita di China, Yin Yuzhen, kini kembali menjadi perhatian selepas kisah lama yang hampir dilupakan muncul semula dan menyentuh hati ramai.

Lebih dua dekad lalu, Yin yang gigih menghijaukan kawasan gurun menerima sumbangan sebanyak USD5,000 daripada seorang lelaki Amerika dikenali sebagai Ronald Sakolsky selepas beliau melihat usaha itu menerusi televisyen.

Sumbangan yang mungkin kelihatan kecil ketika itu rupa-rupanya menjadi titik permulaan kepada sesuatu yang jauh lebih besar.

Dengan dana tersebut dan usaha berterusan selama bertahun-tahun, kawasan yang dahulunya tandus dikatakan berjaya ditanam sehingga berkembang menjadi lebih 50,000 pokok.

Dari Seorang Penyumbang, Menjadi Sebuah Harapan

Namun yang lebih menyentuh hati bukan sekadar hutan yang terhasil.

Selepas bertahun-tahun tidak berhubung, Yin dilaporkan cuba mencari semula Ronald secara dalam talian dengan satu harapan, supaya lelaki yang pernah menghulurkan bantuan itu dapat melihat sendiri apa yang telah tumbuh daripada kebaikannya.

Dan akhirnya… selepas 27 tahun, mereka berjaya berhubung semula.

Difahamkan, Ronald sendiri terkejut apabila mengetahui sumbangan yang pernah diberikannya suatu ketika dahulu bukan sahaja masih diingati, malah telah menjadi sebahagian daripada sebuah hutan yang hidup sehingga hari ini.

Apa yang lebih menyentuh hati, Yin tidak mencari Ronald untuk memulangkan semula wang itu.

Dia juga tidak mencari untuk membalas jasa dengan apa-apa ganjaran.

Dia cuma mahu lelaki itu tahu bahawa bantuan yang pernah diberi suatu ketika dahulu… tidak hilang begitu sahaja.

Ia masih hidup. Masih membesar. Dan masih memberi harapan sehingga hari ini.

Dia cuma mahu berkata:

“Lihat… bantuan yang pernah awak beri dulu, masih hidup sampai hari ini.”

Ronald juga dilaporkan menyatakan hasrat untuk datang melihat sendiri kawasan tersebut suatu hari nanti.

Mereka mungkin belum bertemu secara berdepan.

Tetapi kadang-kadang, ada kebaikan yang tidak perlukan pertemuan untuk terus hidup.

Kadang-kadang kita rasa bantuan yang kita beri terlalu kecil.

Tapi mungkin bagi orang lain, itulah permulaan kepada sesuatu yang akan terus hidup… walaupun selepas puluhan tahun. – The Malaysian Update

The post USD5,000 Jadi Lebih 50,000 Pokok? Kisah Persahabatan Rentas Negara Ini Buat Ramai Tersentuh appeared first on The Malaysian Update.