Usia 72 tahun, ibu Haniff Hamzah dianugerah gelaran Profesor Emeritus. 'Tahniah mama, anda adalah inspirasi!'

LocalEntertainment
31 Dec 2024 • 6:07 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

BANGGA seorang anak apabila melihat pencapaian ibu. Demikian yang dikongsikan oleh penyampai radio, Haniff Hamzah apabila baru-baru ini berkongsi ibunya, Profesor Dr Rosnah Mohd Zain menerima gelaran Profesor Emeritus dalam satu istiadat Konvokesyen ke-64 Universiti Malaya (UM).

Deejay Fly FM itu sempat memuat naik video bonda tercinta menerima gelaran itu pada usia 72 tahun.

image is not available

Ibunya yang merupakan bekas pelajar Kolej Tunku Kursiah meraih ijazah sarjana muda Sains Pergigian, University of Queensland, Australia dan sarjana Oral Pathology & Diagnosis, University of Michigan, Amerika Syarikat kini merupakan profesor serta perunding dalam bidang Patologi dan Perubatan Mulut.

image is not available

"3 Disember 2024 mama saya telah dianugerahkan gelaran Profesor Emiritus oleh Universiti Malaya pada Konvokesyen ke-64.

"Saya tidak pasti apa yang hendak ditulis di sini mama. Saya hanya tahu saya sangat bangga dengan mama.

"Anda adalah inspirasi. Tahniah mama. Saya harap ia adalah ibu borek anak rintik sekurang-kurangnya saya akan menjadi seorang genius seperti mama.

image is not available

Menerusi sebuah video, Haniff pernah mendedahkan Prof Emeritus Dr Rosnah merupakan anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan.

Terdahulu, cendekiawan disegani itu bertugas sebagai pensyarah dan menyandang jawatan sebagai Dekan Fakulti Pergigian UM dari tahun 2010 hingga 2014. Beliau kemudian dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor, Universiti MAHSA.

image is not available

Memiliki latar belakang pendidikan dan kerjaya yang hebat, Profesor Emeritus Dr Rosnah juga merupakan ibu kepada tiga cahaya mata.

Sekadar rekod, bapa Haniff iaitu Hamzah Hassan meninggal dunia pada Oktober 2020 akibat beberapa komplikasi penyakit termasuk masalah jantung.