
Kota Kinabalu: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) akan memperluaskan program Fiqh Kenegaraan bagi menyemai semangat patriotik dan keharmonian kaum di Sabah, selaras dengan konsep Malaysia Madani.
Yang Di Pertua Usia, Datuk Sapawi Ahmad berkata, program itu juga bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman dalam kalangan rakyat tentang tanggungjawab kenegaraan khususnya dalam konteks islam.
“Usia akan bekerjasama dengan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Sabah bagi memperluaskan program Fiqh Kenegaraan ini di semua zon di seluruh Sabah sebagaimana Forum Madani sebelum ini.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Usaha ini penting bagi memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat dan kesedaran untuk mengekalkan toleransi kita kerana Malaysia adalah negara berbilang kaum dan agama.

