Sekumpulan lapan Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat mengemukakan surat rasmi kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio bagi menyuarakan kebimbangan terhadap kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung warga Israel yang berada di Malaysia.
Surat bertarikh 21 Julai 2026 itu diketuai oleh Greg Landsman dan Josh Gottheimer serta ditandatangani enam lagi ahli kongres, iaitu Jimmy Panetta, Dan Goldman, Debbie Wasserman Schultz, Jared Moskowitz, Brad Sherman dan Jake Auchincloss.
Advertisement
Isu tersebut tercetus selepas Anwar dilaporkan mengumumkan bahawa kerajaan akan mengesan dan segera mengusir mana-mana warga Israel yang ditemukan berada di dalam negara.
Tindakan kerajaan Malaysia itu difahamkan berkait dengan siasatan terhadap projek teknologi Network School yang beroperasi di Forest City, Johor.
Dalam surat berkenaan, kumpulan ahli kongres itu menyifatkan tindakan mengusir individu hanya berdasarkan kewarganegaraan sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima, meskipun pendirian Malaysia yang tidak mengiktiraf Israel sudah lama diketahui.
Mereka turut mendakwa tindakan sedemikian tidak sepatutnya disokong menggunakan wang pembayar cukai Amerika Syarikat.
“Setiap bantuan dan sokongan diplomatik yang diberikan oleh Amerika Syarikat perlulah hadir bersama jangkaan bahawa negara penerima tidak akan menyasarkan warganegara daripada rakan sekutu rapat kami.”
Selain itu, ahli kongres terbabit turut membangkitkan hubungan kerajaan Malaysia dengan Hamas. Mereka mendakwa Malaysia mempunyai hubungan terbuka dengan pergerakan tersebut dan mengaitkannya dengan bantuan keselamatan yang diterima daripada Amerika Syarikat.
Antara bantuan yang diberikan adalah menerusi program Pendidikan dan Latihan Ketenteraan Antarabangsa atau IMET, yang membiayai latihan ketenteraan profesional di Amerika Syarikat untuk anggota tentera Malaysia.
Mereka turut menyorot manfaat lain yang diterima Malaysia, termasuk akses kepada pasaran dan teknologi Amerika Syarikat.
View this post on Instagram
Susulan itu, kumpulan penggubal undang-undang berkenaan mendesak Jabatan Negara AS supaya menilai semula keseluruhan hubungan ekonomi dan keselamatan dengan Malaysia bagi memastikan kerjasama tersebut terus menjaga kepentingan Amerika Syarikat.
Mereka turut meminta penjelasan mengenai langkah yang akan diambil oleh Jabatan Negara sebagai tindak balas terhadap kenyataan Anwar.
“Sekiranya Malaysia enggan menarik balik dasar yang bersifat diskriminasi ini dalam tempoh 15 hari, kami menggesa pihak anda untuk menggantung pembiayaan program IMET.”
Surat rasmi tersebut disiarkan kepada umum menerusi portal pejabat Greg Landsman dan Josh Gottheimer. Kedua-dua pejabat berkenaan mengesahkan bahawa kumpulan itu mahu pembiayaan IMET kepada Malaysia digantung sekiranya kerajaan tidak mengubah pendirian dalam tempoh yang diberikan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Kena 'Banned' Serta Merta, Balaji Pindahkan Projek 'Network School' Ke Kazakhstan
The post Usir Rakyat Isra*l Dari Malaysia, Ahli Kongres AS Desak Bantuan Tentera Malaysia Digantung first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





