USM Tersenarai Lima Universiti Terbaik Dunia Dalam Penarafan Kelestarian THE 2026

LocalEnvironment
24 Jun 2026 • 11:04 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

USM Tersenarai Lima Universiti Terbaik Dunia Dalam Penarafan Kelestarian THE 2026

USM Tersenarai Lima Universiti Terbaik Dunia Dalam Penarafan Kelestarian THE 2026

Universiti Sains Malaysia (USM) terus mengharumkan nama negara apabila berjaya menempatkan diri dalam kelompok lima universiti terbaik dunia bagi impak kelestarian menerusi penarafan Times Higher Education (THE) Sustainability Impact Ratings 2026.

Dalam penarafan yang diumumkan di Jakarta, Indonesia itu, USM melonjak sembilan anak tangga berbanding tahun lalu apabila menduduki tangga kelima dunia, sekali gus berada dalam kalangan institusi terbaik daripada 1,603 universiti yang dinilai di seluruh dunia.

Pencapaian tersebut turut menyaksikan USM kekal sebagai universiti terbaik di Malaysia dalam penarafan berkenaan, memperkukuhkan lagi komitmennya dalam memperjuangkan agenda pembangunan mampan di peringkat global.

Baca juga:

Lebih membanggakan, USM sekali lagi mengekalkan kedudukan nombor satu dunia bagi Sustainable Development Goal (SDG) 17: Partnerships for the Goals, yang menilai keupayaan institusi membina kerjasama strategik bagi menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) United Nations.

Kejayaan itu mencerminkan kekuatan USM dalam menjalinkan jaringan kerjasama melibatkan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, sektor industri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), komuniti setempat, institusi pendidikan tinggi serta organisasi antarabangsa.

Selain SDG 17 yang menjadi komponen utama penilaian, kedudukan USM turut diperkukuhkan menerusi pencapaian cemerlang dalam tiga lagi matlamat iaitu SDG 1 (Tiada Kemiskinan), SDG 14 (Hidupan di Bawah Air) dan SDG 15 (Kehidupan di Darat).

Naib Canselor USM, Profesor Datuk Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed berkata, pencapaian itu merupakan hasil usaha berterusan seluruh warga universiti dalam menjadikan prinsip kelestarian sebagai sebahagian daripada budaya kerja dan operasi institusi.

Menurut beliau, pengiktirafan tersebut bukan sahaja membuktikan prestasi USM di peringkat antarabangsa, malah menunjukkan keupayaan institusi pengajian tinggi tempatan untuk memainkan peranan lebih besar dalam memimpin agenda kelestarian global.

Katanya, kejayaan itu juga selari dengan aspirasi universiti untuk terus memperkukuh peranan sebagai peneraju transformasi pendidikan tinggi ke arah masa depan yang lebih mampan.

Untuk rekod, THE Sustainability Impact Ratings merupakan penarafan antarabangsa yang menilai sumbangan universiti terhadap pencapaian 17 SDGs menerusi aspek tadbir urus, pendidikan, penyelidikan, operasi dan penglibatan masyarakat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved