Ustaz Abdul Halim Din Meninggal Dunia Pada Usia 52 Tahun

6 Sep 2026 • 11:19 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pendakwah dan guru agama, Ustaz Abdul Halim Din meninggal dunia di Hospital Shah Alam pada pukul 11.55 malam tadi, pada usia 52 tahun.

Allahyarham turut dikenali menerusi penglibatannya sebagai panel program keagamaan di televisyen, termasuk Tanyalah Ustaz dan Al-Kuliyyah.

Advertisement

Berita pemergian Allahyarham dimaklumkan menerusi hantaran Maahad Tahfiz Al-Khalidiah (MATAK) hari ini yang turut mengajak orang ramai mendoakan kesejahteraan arwah.

d

“Doakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan semoga rohnya dicucuri rahmat,” menurut hantaran tersebut.

Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Surau Bukit Kuda, Klang sebelum solat jenazah dilaksanakan selepas solat Zuhur hari ini.

Allahyarham kemudiannya dijadualkan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Cemerlang, Klang.

Pernah Jalani Rawatan Di Hospital Ipoh

Sementara itu, Ketua Pembangkang Dewan Negeri Perak, Razman Zakaria turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham.

Menurut Razman, Allahyarham merupakan guru agama dan pendakwah yang banyak mencurahkan ilmu kepada masyarakat sepanjang hayatnya.

“Allahyarham merupakan seorang guru agama dan pendakwah yang banyak mencurahkan ilmu kepada masyarakat.

“Sumbangan beliau turut dikenali secara lebih luas melalui penglibatan sebagai panel program Tanyalah Ustaz dan Al-Kuliyyah, yang menjadi antara medan beliau menyampaikan ilmu dan kefahaman agama kepada masyarakat melalui kaca televisyen,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Razman berkata, beliau berkesempatan menziarahi Allahyarham kira-kira dua tahun lalu ketika pendakwah itu menerima rawatan di Hospital Ipoh.

Katanya, pertemuan tersebut masih segar dalam ingatan dan pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan kepada masyarakat.

“Sekitar dua tahun lalu, saya berkesempatan menziarahi Allahyarham ketika beliau menerima rawatan di Hospital Ipoh. Pertemuan tersebut masih segar dalam ingatan.

“Hari ini kita kehilangan seorang insan yang telah banyak berjasa dalam mendidik, membimbing dan membawa masyarakat mendekati agama,” katanya.

Beliau turut mendoakan agar segala ilmu yang pernah disampaikan Allahyarham menjadi amal jariah berterusan, selain segala amal kebajikannya diterima Allah SWT.

Kesihatan Merosot Akibat Komplikasi Diabetes

Sebelum ini, kesihatan Allahyarham dilaporkan terjejas akibat komplikasi diabetes sehingga perlu menjalani pembedahan memotong kaki kanan dari paras paha ke bawah pada Ogos lalu.

Keadaan Allahyarham kemudiannya dilaporkan merosot pada 28 Ogos lalu apabila bacaan jantung dan tekanan darahnya jatuh ke paras membimbangkan.

Doktor turut mengesyaki jangkitan kembali menyerang selain berlaku pendarahan usus.

Sehari kemudian, keadaan Allahyarham dilaporkan masih sangat lemah dan memerlukan bantuan oksigen sepenuhnya berikutan masalah pernafasan serta keadaan paru-parunya yang terjejas.

Dalam perkembangan sama, MATAK sebelum ini turut memaklumkan Allahyarham tidak mampu bertugas buat sementara waktu dan tidak mempunyai pendapatan tetap susulan keadaan kesihatannya.

Al-Fatihah. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan segala ilmu serta kebaikan yang dicurahkan menjadi amal jariah buatnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Ustaz Abdul Halim Din Meninggal Dunia Pada Usia 52 Tahun2026-09-05 19:08:36

“Betul, Cikgu Chandra Dah Memeluk Islam” – Aktivis Sahkan Sudah Lafaz Dua Kalimah Syahadah

The post Ustaz Abdul Halim Din Meninggal Dunia Pada Usia 52 Tahun first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved