Ustaz Abdul Somad dilantik pensyarah di UMS: Ariffin

LocalPolitics
20 Sep 2024 • 2:52 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

MEMBAKUT: Tokoh ulama Nusantara dan penceramah terkenal, Ustaz Abdul Somad (UAS) secara rasmi dilantik sebagai Pensyarah ‘Tamu’ di Fakulti Pengajian Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Exco Agama Islam, Datuk Dr. Ariffin Arif berkata, lantikan itu turut disokong sepenuhnya Naib Canselor UMS termasuk mendapat cadangan fakulti terbabit.

“Fakulti Pengajian Islam pun ada mencadangkan (UAS sebagai pensyarah) dan saya juga ada berbincang dengan Naib Canselor (UMS) berhubung perkara ini seterusnya menyaksikan sendiri surat pemilihan (lantikan) beliau ketika berada di UMS Labuan.

“Kita juga ada berbincang untuk lantik beliau sebagai penasihat dan salah seorang tenaga pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa MUIS (Majlis Ugama Islam Sabah),” ketika ditemui di Ceramah Perdana UAS di Pekan Membakut, di sini, Rabu lalu.

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Ariffin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, pemilihan itu tepat kerana UAS selain berpengetahuan tinggi, beliau juga sosok ulama Indonesia yang turut terkenal di peringkat antarabangsa.

Katanya, sudah tentu lantikan berkenaan akan memberi manfaat kepada generasi pelajar institusi pengajian tinggi di Sabah terutamanya mahasiswa yang berada terus di bawah didikan UAS.

“Beliau (UAS) memang seorang ilmuwan, saya kenal beliau dan beliau memang diiktiraf bukan saja di Nusantara tapi antarabangsa, malah beliau lulusan daripada Universiti Al-Azhar, kemudian di Universiti di Sudan.

“Ilmu pengetahuannya diiktiraf dan sangat teruji, bahkan beliau sangat dekat dengan masyarakat menerusi dakwah sebagai penceramah yang luar biasa dengan pendekatan sederhana,” katanya.

Terdahulu, lebih 10,000 masyarakat dari pelbagai daerah hadir ke majlis bertemakan ‘Membangunkan Dengan Ilmu’ sempena Sambutan Maulidur Rasul anjuran Muis, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) dan Pejabat Daerah Membakut itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.