Ustaz Didakwa Atas Sembilan Salah Laku Seksual Terhadap Remaja 14 Tahun

29 Nov 2022 • 3:41 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Seorang penceramah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sembilan pertuduhan salah laku seksual termasuk merogol seorang remaja bawah umur dalam kejadian antara Jun tahun lalu hingga Februari lalu.

image is not available

Tertuduh, Muhammad Fathi Na’im Mazlam, 30, membuat pengakuan itu selepas sembilan pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Syafeera Mohd. Said.

Mengikut tujuh pertuduhan, bapa kepada lapan anak itu didakwa merogol remaja perempuan yang kini berusia 14 tahun dan bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Muhammad Fathi yang mempunyai tiga isteri turut didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa sama mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Kedua-dua seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Selain itu, tertuduh didakwa melakukan hubungan seks dengan objek terhadap remaja berkenaan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, ia memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan boleh sampai 30 tahun serta sebatan.