Ustaz didakwa lakukan amang seksual ke atas tiga murid

3 Feb 2024 • 5:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Seorang guru agama Islam atau ustaz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, pada Jumaat atas tiga pertuduhan melakukan serangan seksual ke atas tiga murid perempuan.

Sanyzam Dabal, 46, meminta dibicarakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad atas pertuduhan itu.

Bagi pertuduhan pertama, lelaki terbabit didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang murid berusia 10 tahun di dalam bilik darjah, antara 20 Mac dan 17 Sept 2023.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyerang seorang lagi murid Tahun 4 pada 30 Nov 2023.

SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa melakukan kesalahan sama terhadap seorang lagi murid Tahun 4 di dalam bilik darjah, pada 17 Sept 2023.

Pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhaimi Suriana meminta mahkamah tidak menawarkan ikat jamin, ekoran tahap keseriusan kesalahan itu.

Beliau juga berkata terdapat kemungkinan tertuduh akan melarikan diri, selain risiko mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Mahkamah kemudian menawarkan ikat jamin RM15,000 bagi setiap pertuduhan (RM45,000 untuk tiga pertuduhan) dan menetapkan 6 Mac ini untuk pengurusan kes dan sebutan lanjut.

Terdahulu, peguam Jhesseny P Kang memohon ikat jamin lebih rendah untuk anak guamnya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.