Ustaz Don Daniyal ‘Direhatkan’ Terus Dalam Program Salam Baitullah Kata Pengarah RTM

14 Jun 2024 • 3:37 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
ustaz don

Baru sahaja diterima mengendalikan semula program Salam Baitullah, pendakwah selebriti Ustaz Don Daniyal Don Bijayid nampaknya sekali lagi menimbulkan kenyataan yang mengelirukan.

Disebabkan itu, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman memaklumkan Ustaz Don tidak akan mengendalikan lagi program berkenaan.

Perkara itu disahkan Suhaimi ketika dihubungi Kosmo! di mana program yang berbaki lagi empat episod itu tidak akan membawakan Ustaz Don lagi.

Suhaimi sudah hubungi Ustaz Don dan harap faham…

Program tersebut mempunyai empat episod sahaja lagi yang tinggal, tidak ada lagilah (penampilan Ustaz Don) sebelum Raya Haji.

Kita sudah menasihatkan beliau, bawa berjumpa dengan Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) dan bermacam pihak berautoriti hendak membantu supaya diberi peluang dan ada keinsafan.

Saya harap dia fahamlah kenapa, apabila saya buat keputusan saya (sendiri) akan beritahu individu itu.

Kenyataan Ustaz Don malam tadi tentang ‘memandang wajah guru, lebih baik dari sedekat 1000 ekor kuda di jalan Allah’ menimbulkan banyak persoalan.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.