
Ustaz Don Direhatkan Terus Daripada Program Salam Baitullah
Radio Televisyen Malaysia (RTM) membuat keputusan untuk merehatkan pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid daripada program Salam Baitullah.
Menurut Sinar Harian, perkara berkenaan dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman hari ini.
Difahamkan, program Salam Baitullah untuk tahun ini hanya berbaki empat episod sahaja lagi.
Terdahulu pada 5 Jun, Ustaz Don juga pernah direhatkan daripada muncul dalam program yang sama. Keputusan untuk merehatkan pendakwah selebriti tersebut ketika itu turut dimaklumkan sendiri oleh Suhaimi melalui satu hantaran di X.
Bagaimanapun semalam, Ustaz Don kembali tampil dalam program berkenaan yang disiarkan di stesen RTM sebelum direhatkan kembali sekali lagi, hari ini.
Sumber: Sinar Harian
The post Ustaz Don Direhatkan Terus Daripada Program Salam Baitullah appeared first on Siakap Keli.


