Ustaz Don minta maaf beri jawapan mengelirukan isu berpuasa di hari tasyrik

19 Jun 2024 • 1:43 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pendakwah selebriti, Ustaz Don minta maaf beri jawapan mengelirukan saat menjawab soalan dariapada pendengar dari salah satu stesen radio.

Jawab isu tular

Hal tersebut susulan tularnya jawapan Ustaz Don Daniyal perihal isu berpuasa pada hari tasyrik susulan menerima soalan daripada pendengar sebuah stesen radio.

Tonton video di sini

image is not available

Ustaz Don minta maaf, tak boleh puasa pada hari tasyrik

Dalam video berkenaan, Ustaz Don mengatakan yang dirinya sedang bersama-sama melaksanakan ibadah qurban.

Namun, disebabkan namanya kembali hangat diperkatakan di media sosial berikutan jawapan berkenaan berpuasa di hari tasyrik, pendakwah terbabit perlu menjelaskan secara ringkas dahulu sebelum isu menjadi semakin besar.

“Asalamualaikum w.b.t. kepada semua, saya minta maaflah sebab menjawab dalam keadaan mengelirukan. Saya minta maaf kepada semua banyak-banyak. Semoga Allah mengampuni dosa kita semua, minta maaf semua.

“Jawapan yang betul, tak boleh puasa pada hari raya Aidiladha dan hari tasyriq juga iaitu hari raya kedua ketiga keempat, pada 11, 12, 13. Saya minta ampun, minta maaf….” ujarnya.

image is not available

Ustaz Don minta maaf, nama kena ‘petik’ lagi

Terdahulu, video rakaman suara tentang jawapan yang diberikan telah menjadi perdebatan di media sosial apabila ada pihak yang memuat naik perkara tersebut di platfrom X.

Ujarnya, pendakwah selebriti berkenaan kembali mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dan ia diputarkan di stesen radio sehingga boleh mengundang masalah lagi.

image is not available

Rakaman jawapan diberi Ustaz Don

Dia yang sebelum ini ‘direhatkan’ daripada satu program di televisyen berikutan beberapa kenyataan melibatkan hadis telah kembali semula bersiaran selepas pertemuan bersama Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM).

Namun, baru sahaja sehari kembali ke kaca televisyen, dia telah direhatkan terus oleh pihak program berkenaan kerana kembali mengeluarkan hadis yang menjadi perdebatan ramai.

Sumber: Instagram ddaniyalbiyajid