Pendakwah, Ustaz Don Daniyal tampil memohon maaf berhubung dengan kenyataan yang mengelirukan berhubung dengan pertanyaan pendengar di sebuah stesen radio.
Ketika segmen berkenaan ke udara, Ustaz Don memberikan jawapan mengenai hukum berpuasa semasa hari Tasyrik.
Bagi yang bertanya dan jelas, hari² tasyriq dibenarkan oleh ustaz yg menjawab. pic.twitter.com/VryjE673yZ
Katanya, hanya hari raya pertama Aidiladha tidak boleh berpuasa, sebaliknya hari kedua dan ketiga dibolehkan berpuasa.
Kenyataan tersebut telah menimbulkan kemusykilan dari orang ramai.
Dalam pada tu, Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) turut menampilkan infografik mengenai larangan berpuasa pada hari-hari Tasyrik iaitu pada 11-13 Zulhijjah.
Larangan Berpuasa Pada Hari-Hari Tasyrik
Rasulullah SAW bersabda : “Hari Tasyrik adalah hari untuk makan dan minum.” (HR Muslim (1141)
Hari-hari Tasyrik iaitu pada 18, 19 & 20 Jun 2024 bersamaan 11,12 dan 13 Zulhijjah 1445H. pic.twitter.com/cq9dZhXWrB
Susulan itu, menerusi hantaran di Instagram, Ustaz Don membuat permohonan maaf atas kekhilafan yang dibuat.
“Assalamualaikum WBT kepada semua. Saya minta maaflah sebab menjawab dalam keadaan mengelirukan. Saya minta maaf kepada semua.
“Minta maaf banyak-banyak, semoga Allah Taala mengampunkan dosa kita semua. Minta maaf semua.
“Okey jawapan yang betul pada Hari Raya Aidiladha tak boleh puasa dan pada Hari Tasyrik juga, termasuk sekali Hari Raya Kedua, ketiga dan keempat iaitu pada hari 11,12 dan 13 (Zulhijjah). Okey,” katanya.
The post Ustaz Don mohon maaf beri jawapan keliru isu puasa pada Aidiladha appeared first on The Reporter.


